BUDAYA



Budaya masyarakat orang asli

Di dalam kawasan berhampiran Tanjung Malim juga terdapat banyak kawasan perkampungan orang asli yang mempunyai pelbagai budaya yang menarik yang dapat di pelajari jika melancong ke kawasan tanjung malim ini. Antara kampung orang asli yang terdapat berhampiran dengan Tanjung Malim seperti Kampung Orang Asli Chinggong, Kampung Orang Asli Kuala Bil, Kampung Orang Asli Pos Tenau dan banyak lagi. Di Perak terdapat banyak perkampungan orang asli yang mempunyai pelbagai budaya yang menarik. Disebabkan mereka jarang menonjolkan diri menyebabkan ramai yang tidak tahu akan keunikan orang asli.


Kraftangan berasaskan rotan

Kampung orang asli yang boleh dilawati adalah Kampung Orang Asli Ulu Rasau, Slim Village, Slim River. Antara aktiviti yang boleh menarik minat pelancong untuk melawat ke kampung orang asli adalah mereka pandai dalam kraftangan berasaskan rotan. Banyak barangan dibuat dari rotan seperti bakul, tikar, tudung salji dan banyak lagi barangan rotan yang lain. Barangan berasaskan rotan ini sering mereka gunakan dalam kehidupan seharian mereka. Pelancong yang datang ke kampung asli ini boleh mempelajari cara-cara membuat kraftangan atau produk berasaskan rotan. Barangan berasaskan rotan ini lebih menarik dan mempunyai ketahanan yang cukup kuat. 

Barangan berasaskan rotan ini akan dianyam untuk menghasilkan bentuknya. Contoh bakul rotan, sebelum membuatnya perlu mengenalpasti tentang ketinggian, lebar, garis pusat dan bentuknya. disamping itu, proses pembuatan bakul rotan ini terdapat tiga peringkat yang mesti dilakukan iaitu pertamanya membuat tapak, diikuti dengan membuat badan dan akhir sekali membuat bingkai atau tangkai. barulah bakul rosan menjadi sempurna dan menarik serta kukuh. Untuk mengetahui lebih lagi datanglah melawat kampung orang asli ini dan pelajari lebih banyak cara membuat barangan berasaskan rotan.




Sumpit

Selain itu juga Kampung Orang Asli Ulu Rasau terdapat alatan seperti sumpit bagi kegiatan harian mereka. Merupakan salah satu alat yang digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu haiwan dan juga mempertahankan diri dari bahaya. Ianya diperbuat daripada kayu yang dilubangkan ditengahtenganya dan juga buluh untuk menyalut banhagian luarnya. Anak sumpit pula diperbuat daripada pokok berotam dan diasah tajam dibahagian hadapannya. Pelancong yang datang dapat mempelajari cara membuat sumpit. Selain itu,  turut mempelajari cara menyumpit yang betul dengan bantuan orang asli. Orang asli akan membawa pelancong untuk pergi memburu bersama di dalam hutam dengan menyumpit.


2 comments:

  1. ermm .. info yang berguna .. tahniah anak muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih En. Marque Marto, atas sokongan yang diberi, nanti kalau En. marque hendak visit Tanjong Malim, saya akan sedia membantu En. segala selok belok dekat Tanjong Malim.sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sudi singgah ke blog saya.

      Delete