BANDAR PROTON CITY, TANJUNG MALIM
'Proton City' merupakan bandar yang
diwujudkan berikutan persefahaman antara kerajaan negeri perak dengan kerajaan
negeri Selangor untuk membangunkan Lembah Bernam. Kerajaan negeri Perak
diwakili oleh Menteri Besar Perak , Tan Sri Ramli Ngah Talib dengan Menteri
Besar Selangor , Tan Sri sekitar tahun 1990.
Bandar raya Proton terletak di sebelah
kanan Lebuh Raya Utara Selatan , antara bandar tanjung Malim Slim River.
Kawasan ini merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit yang tidak lagi
ekonomik berbanding dengan perumahan dan zon perindustrian. dengan Bandar ini menempatkan kilang Proton
khusus untuk pengeluaran kereta jenama Gen 2. Kilang Proton di Kawasan
Perindustrian Hicom Glenmarie , Shah Alam, Selangor tidak lagi dapat menampung
keperluan pengeluaran kereta Proton.
Peta ke Proton City, Tg.Malim
PROTON
City adalah bandar dengan aktiviti perindustrian, komersil dan kediaman merebak
lebih 4,000 ekar. Terletak kira-kira 5 kilometer ke utara Tanjung Malim, Perak,
Malaysia, kilang pemasangann Proton ini
berjumlah RM1.8 bilion. Kilang Proton
mempunyai tenaga kerja lebih daripada 2,000 dan kebanyakan mereka tinggal di
kawasan itu.
PROTON
City bertujuan untuk menjadi sebuah bandar raya pintar eko-sensitif serba
lengkap dengan keupayaan teknologi dan pendidikan yang unggul, di samping
menyediakan satu persekitaran hidup kontemporari yang memperkayakan masyarakat
pelbagai budaya.
Untuk
maju pada tahun 2020, City PROTON mensasarkan untuk menjadi rumah kepada
industri kereta Malaysia.
Bandar Proton juga terkenal dengan
tasiknya iaitu Tasik Embayu, di sini para pelawat datang untuk melakukan
aktiviti rekreasi antaranya ialah berkayak, bersenam dan beriadah bersama
keluarga. tasik ini juga mempunyai pemandangan yang cantik untuk bersantai
bersama rakan rakan. beginilah keadaan Tasik Embayu yang menjai tumpuan
pelawat.
_______________________________________________________________
UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan,
P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah
Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997
dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.
Sejarah awalnya bermula dengan
penubuhan SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC) yang
pada 29 November 1922 merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi
seumpamanya di rantau ini. Pada mulanya hanya bertujuan untuk menyediakan
latihan ikhtisas keguruan untuk anak-anak tempatan. Namun begitu, kolej ini
mulai menerima pelajar-pelajar dari Singapura, British Borneo, Brunei, Filipina
dan juga England kerana keupayaannya menjana bakal guru yang berwibawa. Pada
tahun 1959, SITC diubah namanya kepada MAKTAB PERGURUAN SULTAN
IDRIS (MPSI) sebagai memenuhi keperluan melatih bakal guru untuk
sekolah-sekolah rendah. Pada tahun 1987 ia dinaikkan taraf menjadi INSTITUT
PERGURUAN SULTAN IDRIS (IPSI) yang juga merupakan langkah
permulaannya untuk menjadi sebuah universiti awam.
Peta lokasi UPSI
Kampus Universiti Pendidikan
Sultan Idris terletak di Tanjong Malim iaitu di selatan Negeri Perak Darul
Ridzuan bersempadan dengan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Seramai lebih kurang 14,000
orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti pelbagai program pendidikan
peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor
Falsafah.
PENGINAPAN YANG DISEDIAKAN OLEH
UPSI
Apartments
Ø
Kolej Ungku Omar
3 bilik
tidur 2 bilik air, bilik berhawa dingin disertakan dengan tv, sofa, peti
sejuk, microwave dan pemanas air.
Ø
Kolej Aminuddin Baki &
kolej Za’ba
3 bilik
tidur 2 bilik air, bilik berhawa dingin disertakan dengan tv, sofa, peti
sejuk, microwave dan pemanas air
|
Kadar
Ø
Penjawat awam
Rm140.00
(apartment)
Rm35.00
(bilik)
Ø
Orang awam
Rm160.00
(apartment)
Rm40.00
(bilik)
Ø
Penjawat awam
Rm105.00
(apartment)
Rm35.00
(bilik)
Ø
Orang awam
Rm120.00
(apartment)
Rm40
(bilik)
|
Untuk tempahan sila hubungi :
Unit perumahan pelajar JHEPA
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Univeriti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim
Perak, Malaysia
Office :+605-4505338 / 5332
Fax : +605-4583
Sebarang maklumat lanjut
mengenai pengambilan/kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris bolehlah
melayari Laman Web atau mengemukakannya dialamatkan seperti berikut :
Pendaftar
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.
No. Tel : 05-450 6932/6929
No. Faks : 05-4582670
No comments:
Post a Comment