Tuesday, 28 May 2013

Tanjung Malim




Pekan Tanjong Malim Zaman Pertama


Tanjung Malim.Bandar Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur.Tanjung Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu BernamKalumpangKetoyongBehrangBehrang UluKampung Kelawar dan Slim River.

Muka Bumi Di Sekitar Tanjung Malim.Gunung yang tertinggi ialah Gunung Liang Timur (1933 m) yang terletak di sebelah timur Tanjung Malim.Muka bumi Tanjung Malim diairi oleh Sungai Bernam. Sungai Bernam mengalir ke Kuala Sungai Bernam di Sabak Bernam. Tinggi mukabumi Tanjung Malim 100 m dari atas laut. Bahagian barat Tanjung Malim ialah negeri Selangor iaitu kawasan paya yang luas iaitu Sungai Tengi. Kawasan ini telah ditebusguna dengan membina saliran dan ditanam dengankelapa sawit.Keistimewaan.Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris.Tanjung Malim juga terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan

Selepas terbinanya lebuh raya, bandar Tanjung Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjung Malim yang sangat enak.Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya ProtonSejarah,Tanjung berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai BernamMalim pula berasal dari kata "muallim" yang bermaksud orang yang sangat berilmu.Pada 19 September 1903, rangkaian kereta api telah dibina antara Perai di Seberang Perai melalui Tapah Road ,Tanjung Malim dan Kuala Kubu terus ke Seremban sepanjang 450 km.Pada 1922, Maktab Perguruan Tanjung Malim ditubuhkan oleh British atas desakan Sultan Idris. Maktab ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan KerajaanNegeri-Negeri Selat menggantikan Maktab Perguruan Melaka dan Maktab Perguruan MatangTaipingPerak yang ditutup. 

Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu, SirGeorge Maxwell telah merasmikan maktab ini dan pengetua pertamanya ialah O.T Dussek.Pada 25 Ogos 1957, seramai 2000 penduduk Tanjung Malim menyertai gerakan menentang komunis kerana hutan Tanjung Malim dan Sungai Bil serta hulu Sungai Bernam menjadi kubu pengganas komunis. 2000 orang ini memasuki hutan belantara dan menyeru 5 orang pengganas komunis yang masih aktif agar menyerah diri. Kapal terbang turut digunakan, menggunakan pembesar suara agar pengganas komunis menyerah diri. Kawasan tinjauan sehingga 4 batu radius selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi. Mereka termasuklah Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Tentera dari Batalion ke-5 Askar Melayu serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara turut membantu dan menjaga keselamatan.Pada 22 Disember 1958, Sekolah Menengah Melayu Tanjung Malim dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Razak sempena nama Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdul Razak Hussein. Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari datang merasmikan bangunan baru sekolah, dengan kos RM1.5 juta. Pembinaan ini selaras denganPenyata Razak 1956.

Plaza Tol pertama di Malaysia terletak di jalan besar antara Slim River ke Tanjung Malim dibuka pada 1964. Jalan dua hala sepanjang 20 km ini dinamakan 'Lebuh raya Tanjung Malim-Slim River'. Jalan besar ini dikenakan tol, sebelum Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Plus mula dibina pada 1988 dan siap pada 1994. Sistem jalan raya bertol ini yang pertama di Asia.Pada 1995 Perjanjian Pembangunan Tanah Industri Tanjung Malim diadakan.Perak diwakili oleh Menteri Besar Perak,Tan Sri Ramli Ngah Talib, Hicom oleh Presidennya Tan Sri Jamil Rais Mohd Jan dan Proton oleh Pengarah Urusan, Datuk Nadzmi Mohd Salleh. Tanah seluas 1,260 hektar digunakan untuk mengeluarkan 500,000 unit kereta Proton Gen-2 dan lain-lain.Majlis pecah tanah tapak Proton dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Mac 1996. Pada 1996, landasan kereta api berkembar antara Rawang - Ipoh diluluskan. Tanjung Malim dan Serendah turut menikmati kemudahan ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik memaklumkan bahawa projek ini seperti di Jepun dan Itali. Kelajuan maksimum kereta api ini ialah 250 kilometer/jam untuk jalan lurus dan 120 kilometer/jam untuk laluan selekoh.



Bandar Tanjong Malim sekarang.

13 comments:

  1. sebagai bdk sej dpt manfaat sdkt pasal sej tanjung malim

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... dari masa ke semasa apa yang kita tidak tahu tentang tanjung malim akan d kongsikan di dalam blog ini...

      Delete
  2. walaupun dah 12 tahun duk berdekatan dgn tg malim , this important so new to me .. thanks for the input given..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama ...walaupun saya sebagai anak perantau yang hanya menuntut ilmu di tanjong malim ini, akan berusaha untuk mencari apa keistimewaan tanjung maim yang masih belom kita tahu... mana tahu suatu hari nanti tanjung malim menjadi tempat tumpuan pelancongan

      Delete
  3. byk jgk serjarah n peristiwa kat t.m. ni.. walau pun kecil tpi istimewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya kecil tapi, boleh membanggakan PERAK sebagai tempat tumpuan para pelancaong. tidak kira dari dalam negara mahupon dalam negara. tapi kita boleh memperkenalkan TANJONG MALIM ni kepada pelajar yang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

      Delete
  4. nk komen psal blog.. klu boleh gunalah tulisan yang lebih besar n senang dbaca.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nurazreen suhaza.. atas teguran.Admin pun rasa font dalam blog ini terlalu kecil untuk d baca oleh blogger lain. In Shaa Allah akan ada perubahan nanti. sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sudi singgah ke blog saya ini

      Delete
  5. Asalamualaikum, saya amat berminat dengan apa yang anda kongsikan di blog ini. Saya juaga berharap makluamat yang di konngsikan boleh memberi mamfaat kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mohd Amirul. sememangnya itu tujuan saya untuk membangunkan blog ini, supaya masyarakat yang jauh dari tanjong malim dapat mengenali tanjong malim secara visual. In Shaa Allah kalau suatu hari nanti En.Mohd Amirul hendak pergi ke Tanjong malim , nanti saya akan jadi pemamdu pelancongan untuk En nanti. terima kasih keada En. Mohd Amirul kerana sudi singgah ke blog saya.

      Delete
  6. maklumat yg sangat berguna....bgus2..

    ReplyDelete
  7. 1xbet korean | 100% welcome bonus
    1xbet korean | 100% welcome bonus. 100% deposit bonus | Deposit bonus | Best bonus - Online casino with 100% up to 1xbet apk 100€.

    ReplyDelete
  8. Slots Machines in the city - Dr.MCD
    A quick look at 파주 출장마사지 the city's slots machines and casinos has something 김천 출장안마 for 포천 출장마사지 everyone. a slot 충청남도 출장샵 machine, and the city of 양산 출장안마 Slots will allow you to enjoy the

    ReplyDelete